- Fahami betul2 pakej yang anda
nak ambil.
- Pastikan anda tanya soalan yg
anda rasa ragu tentangnya, biar ianya jelas.
- Yang ini penting, caruman
bulanan/tahunan yang tak membebankan anda, sebaiknya 10% atau kurang dari
10%, dari jumlah pendapatan anda. ini untuk mengelakkan bebanan yang anda
tanggung kemudian hari.
- Anda ada polisi takaful di
tangan anda, sebabnya mudah utk anda & keluarga rujuk dimasa akan
datang. Kalau ada bank call & buat potongan bank dengan tiada polisi,
itu bahaya.
- Agen takaful, pastikan anda
kenal betul2 orangnya. Sebab dah banyak kes orang ambil takaful, tapi bila
tanya siapa agen, "dah lupa".... Bahayanya nanti siapa nak bantu
anda untuk anda buat claim?
- Pastikan ianya adalah Takaful,
bukan Insuran. Sebab insuran ini majlis fatwa dah putuskan ianya haram.
Sebab manfaatnya lebih pada pihak syarikat dan ada penindasan berlaku pada
pihak pencarum.
- Antara anda, pasangan &
anak2.. Siapa yang paling penting untuk ada takaful? Jawabnya adalah orang
yang menjadi sumber pendapatan keluarga, biasanya si suami aka ketua
keluarga, kemudian isteri & anak2.
- Pastikan anda update nama orang
yg anda lantik utk terima pampasan (hibah) sekiranya yg anda lantik
sebelum ini dah meninggal dunia, atau anda ada orang lain yang nak
dilantik.
- Pastikan anda 'keep in touch'
dengan Agen anda. Dia akan bantu anda untuk buat sebarang tuntutan
kelak.
Sekian sahaja, moga
bermanfaat. :)
No comments:
Post a Comment