Wednesday, 20 July 2016

POLISI LAPSED – APA KESANNYA?

Polisi takaful merupakan satu perkara penting hari ini bagi setiap individu, terutamanya bagi mereka yang bekerjaya dan berkeluarga.

Lebih penting adalah memastikan polisi sentiasa ‘hidup’. Ini kerana kita tak dapat menjangkakan bila musibah akan menimpa kita. Jika musibah kematian, kemalangan atau sakit datang dalam keadaan polisi takaful yang diambil berstatus lapsed, polisi takaful tersebut tidak berfungsi buat anda.
Pentingnya anda memastikan polisi anda agar tidak lapsed.



Lapsed berlaku apabila tiada bayaran dari pencarum kepada syarikat takaful. Ini bermaksud samda anda tidak bayar caruman bulanan, atau masalah autodebit, dan dalam masa yang sama tiada simpanan dalam akaun takaful anda yang dapat membantu menyokong bayaran caruman anda kepada syarikat takaful.

Kesannya Apabila Polisi Lapsed

Apabila polisi anda lapsed, tiada perlindungan terhadap orang yang dilindungi dalam polisi tersebut.

Jika anda ambil polisi yang ada bersama kad perubatan, kad perubatan tersebut juga tak boleh digunakan.

Kalau sakit dan nak masuk hospital masa tu macam mana? – jawapannya memang tidak boleh. Kad perubatan anda tidak boleh digunakan untuk tanggung kos rawatan anda.

Kalau polisi saya lapsed, tiba-tiba saya ditimpa sakit kritikal dan perlukan rawatan segera. Saya ambil tindakan untuk membayar semua tunggakan yang ada kepada syarikat takaful. Adakah selepas selesai saya bayar semua tunggakan, saya boleh guna kad perubatan tersebut dengan serta-merta? – jawapannya TIDAK.

Apabila anda bayar semua tunggakan yang ada, polisi anda akan diaktifkan semula. Perlindungan juga mula berjalan. Tetapi anda harus ingat, dimana polisi tersebut seperti baru bermula. Ada tempoh bertenang untuk kes-kes tertentu.

1) kad perubatan boleh guna serta-merta untuk kes kemalangan
2) kad perubatan ada tempoh bertenang 30 hari untuk sakit biasa (bukan kritikal)
3) kad perubatan ada tempoh bertenang 120 hari untuk sakit kritikal (melibatkan pembedahan dan rawatan rapi)


Memang pernah berlaku kejadian dimana peserta takaful gagal membuat caruman selama 3 bulan untuk polisi barunya. Polisi bertukar kepada status lapsed. Tiba-tiba peserta jatuh sakit dan perlukan rawatan di hospital. Apabila nak masuk hospital, kad perubatan tak boleh guna sebab ada tunggakan yang menyebabkan polisinya lapsed. Beliau ambil tindakan untuk membayar tunggakan yang ada , bersama dengan advanced 1 bulan, dengan harapan beliau diterima masuk ke hospital swasta dengan menggunakan kad perubatan. Malangnya kad perubatan beliau kembali aktif dengan syarat tempoh bertenang bermula seperti polisi baru.


Bagaimana nak elakkan polisi Lapsed

Jadi, untuk elakkan berlaku kes sebegini, anda dinasihatkan untuk memastikan bayaran caruman anda berlaku setiap bulan sebelum due date. Jangan anda terlalu mengharapkan agent untuk ingatkan anda, sebab agent takaful ni kena jaga banyak polisi client. Takut-takut mereka terlepas pandang. Yang paling bertanggungjawab untuk pastikan caruman bulanan diterima oleh syarikat takaful adalah diri kita sendiri.

Kalau tiada berlaku autodebit pada tarikh yang sepatutnya, cepat-cepat anda maklumkan pada agent anda, atau terus hubungi customer servis untuk tindakan selanjutnya. Selalunya apa yang berlaku, kalau tiada potongan autodebit, pencarum pun diam dan buat tak tahu. Sepatutnya perkara ini tak berlaku, kalau peserta takaful faham bahawa kalau polisi lapsed, akan menyusahkan dirinya sendiri.


Akhir kata, bersyukur kerana anda mampu untuk merancang kewangan anda dengan baik, dengan memiliki polisi takaful sebagai perlindungan kewangan anda. Saya berharap lepas anda baca artikel ini, anda cepat-cepat hubungi agent takaful anda dan semak status polisi anda.



P/S: Jika ada maklumat dalam artikel ini yang tidak tepat, sila hubungi saya di talian 013 4266264

Hubungi saya jika anda perlukan polisi takaful keluarga atau medical card 

No comments:

Post a Comment