Tulisan ini adalah rentetan daripada beberapa persoalan yang
paling kerap diajukan berkenaan kad perubatan takaful / insurans, antaranya;
“Apa ‘medical card’ (kad perubatan) paling bagus?”
“Syarikat XYZ mempunyai perlindungan RM 1 juta, tentu lebih
bagus daripada kad perubatan Takaful ABCD yang hanya RM500K, bukankah begitu?”
“Apa beza kad perubatan stand alone dengan kad perubatan
sebagai rider?”
Secara umumnya, untuk membuat perbandingan kad perubatan,
perlu dibuat perbandingan terhadap dua perkara iaitu faktor produk dan faktor
pelanggan.
Dengan perbandingan adil “apple to apple” perkara ini,
barulah kita dapat membuat perbandingan yang adil di antara produk-produk yang
ada di pasaran.
Berikut adalah faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam
perbandingan kad perubatan.
1) Faktor Produk
Jumlah sumbangan – jumlah perlindungan yang sama, tapi
jumlah sumbangan premium berbeza.,
Ko-takaful atau tidak – ada produk kad perubatan yang
ko-takaful iaitu pelanggan perlu membayar 10% daripada jumlah kos rawatan.
Sebagai rider atau stand alone – kad perubatan sebagi rider
dicantumkan dengan produk asas.
2) Faktor Pelanggan
Keperluan pelanggan – adakah perlu perlindungan sehingga
RM1juta?
Kemampuan kewangan pelanggan – ada orang yang mampu untuk
melanggan RM100 sebulan, ada yang mampu
sehingga RM500 sebulan, dan ada
juga yang tidak.
Perlindungan sedia ada – perlindungan lain untuk kematian,
lumpuh, kemalangan penyakit kritikal perlu turut diambil kira, dan mungkin
sudah ada kad perubatan daripada syarikat.
ANALOGI KAD PERUBATAN DENGAN KERETA
Semua faktor ini akan menjadikan perbandingan yang adil.
Untuk memudahkan gambaran, kita buat perbandingan Kancil dengan BMW.
Memang tidak dapat dinafikan BMW jauh lebih baik secara
zahirnya daripada Kancil, namun dengan mengambil faktor harga kereta, harga
insurans, harga cukai jalan, penggunaan petrol, kos penyelenggaraan, dan
lain-lain, adalah tidak adil untuk katakan BMW lebih baik daripada Kancil dan
ia sesuai untuk semua orang kerana Kancil tetap ada kelebihannya yang tidak ada
pada BMW.
BMW ada classnya tersendiri. Ia jauh lebih selesa daripada
Kancil. Tetapi padanlah dengan harganya, mungkin boleh membeli 10 ekor kancil!
Namun, Kancil pun ada kelasnya yang tersendiri, bukan? Dengan membeli sebuah
Kancil, seseorang dapat berjimat 90% daripada membeli BMW yang dapat digunakan
untuk membeli keperluan-keperluan lain!
Jadi, kesimpulan awal yang boleh kami buat, tidak semua
orang perlukan BMW dan jangan memandang remeh kepada Kancil!
PERTIMBANGAN MEMILIH KAD PERUBATAN
Berikut adalah beberapa pertimbangan dan penilaian terhadap
produk-produk kad perubatan yang ada di pasaran, tanpa merujuk kepada mana-mana
produk dan syarikat secara khusus.
1. Stand Alone vs Rider
Kad perubatan ‘stand alone’ merujuk kepada produk kad
perubatan sahaja tanpa sebarang produk lain yang perlu dilanggan bersama. Kad
perubatan ‘rider’ pula merujuk kepada kad perubatan yang dipakej bersama
produk-produk asas.
Kad perubatan sebagai rider, walaupun lebih mahal berbanding
stand alone, tapi harganya setara sehingga tempoh matang, berbanding dengan kad
perubatan stand alone yang akan meningkat dalam tempoh umur 5 tahun sekali.
Apabia membandingkan harga kad perubatan rider dengan kad
perubatan stand alone, bandingkan harga secara spesifik kad perubatan sahaja
dan bukan kad perubatan bersama produk asas suapaya dapat membuat penilaian
yang adil.
Sebagai contoh medical card stand alone berharga RM100
dengan kad perubatan rider dengan harga RM200, nampak sekali imbas bahawa kad
perubatan stand alone lebih murah. Tapi jika diperincikan, rupa-rupanya kad
perubatan rider yang berharga RM200 tadi adalah terdiri dari produk asas RM100
dan produk medical card RM100. Jadi, kedua-dua kad perubatan itu adalah sama
harganya. Ini sekadar contoh sahaja.
Memandangkan produk kad perubatan rider dilanggan bersama
produk asas, maka apabila produk asas tamat maka kad perubatan juga akan tamat.
Sebagai contoh, jika pelanggan lumpuh maka polisi akan tamat, kedua-dua produk
asas dan rider kad perubatan.
Berikut beberapa poin penting perbandingan kad perubatan
rider dengan stand alone.
Kad Perubatan Stand Alone;
Ciri: Produk kad perubatan tanpa perlu dimbil bersama produk
lain.
Kelebihan:
Harganya lebih rendah (kerana tidak perlu diambil bersama
plan asas)
Tidak perlu mengambil produk asas
Kekurangan:
Tiada nilai tunai (sebab itu ia lebih rendah harganya)
Jika terlepas bayaran sumbangan / premium, akan luput.
Kad Perubatan Rider
Ciri: Plan kad perubatan yang perlu diambil bersama produk
asas. Plan kad perubatan adalah plan tambahan kepada produk asas.
Kelebihan
Mempunyai nilai tunai (sebab itu harganya lebih tinggi
berbanding stand alone, dan nilai tunai banyak daripada plan asas)
Boleh diambil bersama tambahan perlindungan lain seperti
sakit kritikal dan ‘waiver’ (pelupusan sumbangan apabila berlaku sakit kritikal)
Sekiranya terlepas pandang, ia boleh dibayar dari nilai
tunai polisi dengan syarat polisi mempunyai nilai tunai
Kekurangan
Harga menjadi tinggi kerana perlu diambil dengan produk asas
Akan tamat apabila plan asas tamat, sebagai contoh jika
pelanggan lumpuh / TPD (Total Permenant Disaility) maka kad perubatan akan
turut tamat.
Kesimpulan: Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Jika
mahukan kesemua kelebihan, langgan kedua-dua jenis plan.
NOTA: Kedua-dua caruman sumbangan medical card rider dan
stand alone akan meningkat berdasarkan rekod tuntutan syarikat dan keuntungan
dana pelaburan.
2. Ko-takaful atau Tidak Ko-takaful
Ko-Takaful merujuk kepada plan kad perubatan yang memerlukan
pelanggan membayar sebahagian kecil kos hospital apabila dimasukkan ke
hospital. Ia selalunya 10% atau maksima Rm1,000 daripada keseluruhan bil.
Contohnya, jika bil RM1,000, pelanggan perlu membayar RM100,
jika bila RM10,000 pelanggan perlu bayar RM1,000. Tapi jika bil hospital
RM15,000 pelanggan perlu bayar RM1,000 juga keranai 10% dari RM15,000 melebihi
RM1,000 maka pelanggan hanya perlu membayar RM1,000.
Selalunya kad perubatan tanpa ko-takaful , harganya lebih
tinggi berbanding kad perubatan dengan ko-takaful dengan plan perlindungan yang
sama.
Sebagai contoh, harga bagi kad perubatan tanpa ko-takaful
dengan nilai perlindungan RM50,000 setahun adalah RM150, manakala bagi kad
perubatan dengan ko-takaful pula adalah RM100 dengan perlindungan yang sama.
Sebenarnya, harga yang lebih tinggi dibayar adalah termasuk kos perlindungan
tanpa ko-takaful.
Kesimpulan: Setiap perkara yang lebih, ada harga yang perlu
dibayar.
3. Perlindungan Tahunan dan Perlindungan Seumur Hidup.
Perlindungan tahunan ialah jumlah bil hospital yang
dilindungi oleh syarikat dalam tempoh setahun, manakala perlindungan seumur
hidup pula ialah jumlah perlindungan yang dilindungi syarikat dalam tempoh
seumur hidup.
Jangan mudah terpengaruh apabila ada perunding yang membuat
promosi “Coverage RM1 Juta!’.
Perlindungan RM1,000,000 memang banyak tapi ia adalah untuk
perlindungan seumur hidup. Malah ada juga kad perubatan yang meletakkan had
seumur hidup sebagai “Unlimited” atau tanpa had.
Nampak hebat tapi ketahuilah bahawa saya berada di dalam
industri ini selama 10 tahun, belum ada lagi pelanggan yang sudah membuat
tuntutan perubatan sebanyak RM1,000,000 seumur hidup.
Pelanggan yang saya maksudkan ialah pelanggan saya,
pelanggan rakan-rakan saya dan rakan-rakan pelanggan saya.
Jika ada yang sudah berjumpa dengan pengguna kad perubatan
yang sudah membuat tuntutan seumur hidup sehingga RM1,000,000 boleh bawa beliau
berjumpa saya. Mengapa saya berani katakan sedemikian?
Selalunya, bagi kad perubatan sebegini rupa , had tahunannya
adalah 10% daripada had seumur hidup. Jika had seumur hidup adalah RM1,000,000
maka had setahun adalah RM100,000.
Secara logiknya, jika seorang pelanggan sudah membuat
tuntutan sebanyak RM100,000 maka dia perlu membuat tuntutan selama 10 tahun
untuk menghabiskan had keseluruhan RM1,000,000 tadi.
Wujudkah pesakit hospital yang memerlukan kos sebanyak
RM100,000 setahun dan sehingga 10 tahun berturut-turut mendapat rawatan yang
sama dan masih belum sembuh atau meninggal dunia?
Kesimpulannya, dalam memilih kad perubatan, perkara yang
paling penting ialah had tahunan berbanding had seumur hidup. Selalunya, had
yang akan tamat dengan segera ialah had tahunan.
Apabila had tahunan sudah mencecah maksima, maka pelanggan
perlu membayar kos tambahan pada tahun berkenaan sekalipun had seumur hidup
RM100 juta sekalipun!
Jadi, jangan mudah terpengaruh dengan gimik had tahunan RM 1
juta atau RM1 bilion sekalipun kecuali RM 1 juta itu adalah had tahunan kad
perubatan. Percayalah, buat masa sekarang, tidak ada syarikat yang berani
meletakkan RM 1 juta sebagai had tahunan mereka.
Penulis: Afyan Mat Rawi
Sumber: MajalahNiaga
P/S: Jika anda perlukan medical card yang TIADA HAD TAHUNAN, sila hubungi saya di talian 013 4266264
Tiada had tahunan
Limit hayat yang tinggi sehingga RM3.5juta
Lebih 100 hospital panel seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment