1. Ketika sign up pelan Takaful serta medical card, pelanggan menyembunyikan fakta tentang penyakit sedia ada dan sejarah penyakit yang pernah beliau menghidapi.
● Pelanggan wajib declare penyakit-penyakit yang pernah beliau di diagnos, operation dan terima rawatan.
● Selepas declare penyakit tersebut di borang Takaful, pihak Takaful akan mintak medical report dari hospital yang pernah merawat penyakit tersebut.
● Jika result Medical report mengatakan penyakit tersebut dah pulih sepenuhnya, pihak takaful akan cover penyakit tersebut jika ianya terjadi lagi.
● Tapi jika result medical report mengatakan penyakit tersebut masih lagi dalam rawatan, pihak takaful akan kecualikan penyakit tersebut dan cover penyakit-penyakit lain selain dari itu.
● Oleh itu, jangan terkejut jika GL medical card anda sangkut disebabkan perkara tersebut.
● Pihak Takaful tidak akan cover penyakit sedia ada yang tidak di declare.
● Jika pelanggan menyembunyikan fakta, pihak takaful boleh detect ketika pelanggan ingin menggunakan medical card tersebut.
● Pihak Takaful mempunyai system yang boleh mengesan rekod rawatan pelanggan di semua hospital dan klinik seluruh Malaysia.
● Oleh itu, kita sebagai pelanggan hendaklah jujur dan berterus terang kepada wakil Takaful (agent) ketika ingin sign borang pelan Takaful serta medical card.
2. Pelanggan gagal membuat caruman dan tunggakan caruman melebihi sebulan. (Untuk medical card standalone)
● Ini juga merupakan faktor utama GL sangkut.
● Medical card adalah pelan komperesif dan sangat straight. Oleh itu, jika ianya ada tunggakan, maka automatik medical card terus tidak sah digunakan di semua panel hospital.
● Oleh itu, jika agent anda remind pada anda tentang tunggakan payment, janganlah abaikan mereka.
● Mereka caring tentang anda dan ingin medical card anda sentiasa on dan aktif.
● Jika berlaku apa-apa pada anda dan anda dimasukkan ke wad hospital menggunakan medical card tersebut, orang pertama yang akan rasa sebak dan terharu adalah agent anda.
● Agent anda tak mampu membayar kos rawatan dan bil tersebut, tapi agent anda hanya mampu membantu anda melalui pelan takaful serta medical card yang telah anda sign up melalui dia.
● Ketika itu, dia akan berasa bersyukur sebab semua proses berjalan lancar dan tiada masalah GL sangkut atau apa-apa kesulitan ketika kemasukan wad.
JIKA POST INI MAMPU MEMBERI MANFAAT SERTA NILAI TAMBAH ILMU PADA SEMUA ORANG, JOM KITA SAMA-SAMA SHARE
Ambil pengajaran dari gambar di bawah:
No comments:
Post a Comment