KEMATIAN
Jika berlaku kematian atas apa sebab, pampasan akan diberikan. Antara tujuan polisi ini diambil adalah untuk :
1️⃣ Kelangsungan hidup untuk waris yang akan ditinggalkan.
2️⃣ Langsaikan hutang yang akan ditinggalkan.
3️⃣ Isteri tebus hak faraid untuk hartanah jika ada masalah faraid.
4️⃣ Business Partner yang akan meninggalkan kepada rakan businessnya untuk kelangsungan perniagaannya.
5️⃣ Peninggalan untuk anak angkat.
6️⃣ Sedekah amal jariah yang berterusan
KECACATAN KEKAL
Pampasan akan diberikan jika pemegang polisi hilang upaya untuk bekerja disebabkan kecacatan kekal atas apa sebab sekalipun.
Perlindungan ini diambil adalah untuk membantu pemegang polisi meneruskan kehidupan sekalipun diberhentikan kerja atas faktor kecacatan kekal.
PENYAKIT KRITIKAL
Perlindungan yang melindungi dari 36 penyakit kritikal. Pampasan akan diberikan jika pemegang polisi menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal.
Pelindungan diambil adalah untuk membantu pemegang polisi meneruskan kehidupan apabila diberhentikan kerja atas faktor kesihatan.
PERUBATAN / MEDICAL CARD
Perlindungan ini adalah melindungi kos perubatan apabila pemegang polisi mendapatkan perubatan di hospital.
3 jenis orang yang memerlukan perlindungan perubatan.
1️⃣ Orang yang berkerja sendiri.
Ini adalah disebabkan tiada perlindungan perubatan yang diberikan oleh majikan.
2️⃣ Orang yang berkerja tetapi tiada perlindungan perubatan.
Ini adalah disebabkan tiada kemudahan perubatan di berikan oleh majikan.
3️⃣ Orang yang bekerja tetapi pelindungan perubatan sangat sedikit.
Ini adalah kerana kemudahan adalah sangat sedikit.
4️⃣ Orang yang bekerja yang juga mempunyai perlindungan yang lengkap dari majikan. Orang bekerja juga perlu mempunyai kad perubatan peribadi. Ini adalah disebabkan risiko untuk diberhentikan kerja juga ada. Diberhentikan kerja atas faktor kesihatan, kecacatan kekal mahupun keputusan syarikat.
Antara empat-empat perlindungan ini, mana yang lebih penting?
Semuanya penting. Cuma pendapat saya, utamakan dari atas kebawah.
Jangan lupa juga mohon perlindungan pada yang Maha Perlindung.
Moga bermanfaat.
Mohd Azrol 😊